Friday 5 April 2013

Kelebihan hari sabtu


Kelebihan hari Sabtu dalam Islam – Apa kelebihan hari Sabtu menurut Islam? Kali ini Admin nak berkongsi bersama pembaca blog www.PelikBinAjaib.com edisi lanjutan kelebihan hari-hari dalam Islam. Memandangkan hari ini adalah hari Sabtu, maka seperti hari-hari sebelum ini, artikel tentang kelebihan hari Sabtu dalam Islam pula akan Admin postkan.
Hari Sabtu adalah Hari Tipu Daya, kerana pada hari ini terdapat 7 peristiwa helah dan tipu daya oleh tujuh kaum:
  1. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Nuh as terhadap Nabi Nuh as – mereka membangkang kepada Nabinya,
  2. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Sholeh as terhadap Nabi Sholeh as – mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka,
  3. Peristiwa Tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf as terhadap Nabi Yusuf as – saudara-saudara Nabi Yusuf mengkhianati nabi Yusuf dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.,
  4. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Musa as terhadap Nabi Musa as – Raja Firaun mencabar Nabi Musa,
  5. Peristiwa Tipu daya kaum Nabi Isa as terhadap Nabi Isa as – Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit,
  6. Peristiwa Tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhammad saw – Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
  7. Peristiwa Tipu daya kaum Bani Israil terhadap Larangan Allah – kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menagkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian. Lalu Allah mengubah mereka menjadi kera-kera yang hina.
Sebagian daripada ulama menganggap hari Sabtu ini juga adalah hari yang baik untuk berburu.
Zikir hari Sabtu:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Di petik dari blog:

0 comments :

Post a Comment